IKHLAS NIAT

Seorang lelaki dari Madinah memberitahu bahawa Muawiyah ra. telah menulis surat kepada Aisyah r.ha: "Utuskanlah surat kepadaku dan berilah kepadaku nasihat yang ringkas yang tidak terlalu panjang". maka selepas menulis salam kesejahteraan, memuji-muji Allah s.w.t. dan berselawat keatas Nabi; Aisyah r.ha telah menulis: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

Sesiapa yang sentiasa mencari redha Allah s.w.t. tanpa memikirkan rasa tidak senang hati manusia, maka Allah s.w.t. akan mencukupinya dari mudharatNya rasa tidak senang orang-ramai itu. Dan sesiapa yang tidak menghiraukan murka Allah s.w.t. dan terus menerus menyukakan orang ramai, maka Allah s.w.t. akan menyerahkan diri orang itu kepada orang ramai. Wassalaaamu 'alaika [kesejahteraan Allah s.w.t. keatas kamu] (HR Tirmizi)

Petikan dari Kitab MUNTAKHAB AHADITH bab Ikhlas Niat  m/s 640

No comments:

Post a Comment

Sedikit Pencerahan Tentang Dunia Kita Di Akhir Zaman ini...