Apakah kamu menganggap Aku ini lebih rendah daripada kawanmu?






Renungkanlah kandungan-kandungan al-Quran. Ada satu petikan daripada kitab Taurat yang dinukilkan dalam kitab Ihya 'Ulumiddin, Allah s.w.t. berfirman, "Wahai hambaKu, apakah kamu tidak malu terhadapKu? Jika kamu menerima sepucuk surat daripada kawanmu semasa kamu sedang berjalan, kamu akan berhenti dan duduk di suatu tempat serta membaca surat itu dengan penuh perhatian dan kamu akan merenung setiap perkataan. Sedangkan, kitabKu telah datang kepadamu dan dalam kitab itu Aku telah menerangkan segala sesuatu. Sesetengah perkara yang penting Aku ulang-ulangkan beberapa kali supaya kamu memikirkan tentang perkara itu, tetapi kamu tidak pun mempedulikan kitab itu. Apakah kamu menganggap Aku ini lebih rendah daripada kawanmu? Wahai hambaKu, sesetengah rakan-rakanmu duduk bersama mu serta berbual-bual denganmu dan kamu memberikan sepenuh perhatian kepada mereka. Kamu akan mendengar dan akan cuba memahami percakapan mereka. Sekiranya ada sesiapa yang mencelah maka kamu akan melarangnya dengan isyarat tanganmu. Aku berkata-kata denganmu melalui kitabKu tetapi kamu tidak sedikit pun memberi perhatian kepadaKu. Apakah kamu menganggap Aku ini lebih rendah daripada rakan-rakanmu?



2 comments:

  1. diri ini lg jahil dan bodoh...ditambah lg dgn lalai dan leka..perasan wujud diri..perasan diri bagus dan perasan..sehingga kadang tak perasan allah itu segala maha....
    iwann....

    ReplyDelete
  2. Speechless... Ya la.., kita selalu lupa....

    ReplyDelete

Sedikit Pencerahan Tentang Dunia Kita Di Akhir Zaman ini...