Sayyidina 'Abdullah bin Mas'ud ra. berkata Rasulullah SAW bersabda. "Jibrail as telah meniupkan dalam hatiku (dengan perintah Allah SWT). 'Seseorang itu sama sekali tidak akan mati selagi dia tidak menghabiskan rezeki (yang telah ditakdirkan untuknya). Oleh itu, hendaklah kamu sentiasa takut kepada Allah SWT dan perelokkanlah cara kamu mencari rezeki. Janganlah kelambatan rezeki menyebabkan kamu mencari rezeki dengan cara melakukan maksiat kepada Allah SWT. Kerana sesungguhnya rezeki kamu ada dalam genggaman Allah SWT dan apa-apa yang ada dalam genggaman Allah SWT hanya akan diperoleh dengan cara mentaati-Nya." (Syarh us-Sunnah)
Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadis bab Kalimah Tayyibah:Beriman Kepada Perkara Ghaib
No comments:
Post a Comment