Dari Amr bin 'Auf r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Demi Allah! Bukanlah kemiskinan itu yang aku khuatirkan terhadap kamu, tetapi yang aku khuatirkan kepada kamu ialah dunia dilapangkan kepada kamu, sepertimana ia telah dilapangkan kepada orang-orang sebelum kamu, kemudian kamu akan berlumba -lumba untuk mendapatkannya sepertimana orang-orang sebelum kamu berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Lalu dunia akan melalaikan kamu sepertimana ia telah melalaikan mereka. (HR Bukhari)
Ungkapan "bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan terhadap kamu" bermaksud: Kamu tidak akan ditimpa kemiskinan, atau ia bermaksud: kalaupun ditimpa kemiskinan, ia tidak akan memudharatkan agama kamu. (Fathul Bari)
Petikan dari Kitab MUNTAKHAB AHADITH bab Dakwah dan Tabligh m/s 713
No comments:
Post a Comment