Gambaran Bentuk Masjid Nabawi di Zaman Rasullullah SAW

The original mosque was built by Prophet Muhammad (s.a.w), next to the house where he settled after his journey to al-Madinah in 622 AD. The original mosque was an open-air building with a raised platform for the reading of the Qur'an. It was a rectangular enclosure of 30 m × 35 m (98 ft × 110 ft), built with palm trunks and mud walls, and accessed through three doors: Bab Rahmah to the south, Bab Jibril to the west and Bab al-Nisa' to the east. The basic plan of the building has since been adopted in the building of other mosques throughout the world.


Inside, Muhammad (s.a.w) created a shaded area to the south called the suffah and aligned the prayer space facing north towards Jerusalem. When the qibla (prayer direction) was changed to face the Kaaba in Mecca, the mosque was re-oriented to the south. The mosque also served as a community center, a court, and a religious school. Seven years later (629 AD/7 AH), the mosque was doubled in size to accommodate the increasing number of Muslims.


Betapa ringkas bentuk masjid tersebut. Asalkan ianya mampu diimarahkan seperti disarankan Rasullullah SAW, rekabentuk ringkas adalah memadai dalam pembinaan sesebuah masjid.

Masjid murah kos dan ringkas tetapi selalu diimarahkan oleh umat Islam adalah lebih baik dari Masjid berharga berjuta-juta ringgit dan penuh dengan keindahan architecture terkini dan moden tetapi tidak diimarahkan oleh umat Islam.



Apa yang disembah oleh umat Islam ialah Allah SWT, bukannya keindahan dunia (contohnya: keindahan masjid).








Maksud sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasullullah SAW bersabda: 

"Tidak berlaku (terjadi) hari kiamat sehingga umatku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".

...DOA


Assalamualaikum kaum keluarga dan sahabat semua..


Saya ada terbaca dalam sebuah kitab bab Fadhilat Ramadhan, kenyataan dalam kitab tersebut begitu menakjubkan.. Niat hati untuk share kepada semua agar perasaan kita sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT.. Aamiin..


Agak panjang.. Semoga dapat baca sehingga habis.. Jadi manfaat insyaAllah..


Dinyatakan dalam satu hadith bahawa dalam Ramadhan Allah SWT memerintahkan para malaikat penanggung ‘Arasy supaya meninggalkan ibadat mereka masing-masing dan mengaminkan doa-doa orang yang berpuasa. Memang dapat diketahui daripada banyak hadith bahawa doa-doa dalam Ramadhan diterima secara khusus. Tidak ada apa-apa keraguan lagi dalam penyempurnaan perkara ini kerana Allah SWT telah berjanji, dan janji itu diberitakan pula oleh seorang Rasul yang benar.


Walau bagaimanapun, sesetengah orang mungkin telah berdoa untuk tujuan tertentu tetapi doanya tidak juga tertunai. Dengan sebab itu janganlah pula mereka terfikir bahawa doanya tidak dikabulkan, sebaliknya hendaklah mereka cuba memahami erti kata sebenar penerimaan sesuatu doa..


Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seseorang Islam berdoa, dengan syarat dia tidak berdoa untuk memutuskan silaturrahim dan tidak juga berdoa untuk sebarang dosa, maka Allah SWT akan berikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara. Sama ada dia mendapat apa yang telah didoakan, atau sebagai ganti daripada doa itu satu musibah atau keburukan akan dijauhkan daripadanya atau di akhirat nanti pahala akan diberikan mengikut kadar doanya itu.”

Adalah dinyatakan dalam sebuah hadith bahawa pada hari kiamat Allah SWT akan memanggil seorang hamba dan berfirman, “Wahai hambaKu! Aku telah memerintahkan kamu supaya berdoa dan Aku juga telah berjanji untuk menerima doa itu. Adakah engkau telah berdoa kepadaKu?” Dia akan berkata, “Ya! Saya telah berdoa.” Maka Allah SWT berfirman, “Tiada satu doa pun yang engkau telah pohon, yang Aku tidak tunaikan. Kamu telah minta supaya sekian-sekian kesusahan dijauhkan maka Aku telah sempurnakan permintaan itu di dunia dan kamu telah minta supaya kamu dilepaskan daripada sesuatu kerisauan tetapi kamu tidak tahu pun kesan daripada permintaanmu itu. Aku telah tetapkan gantian untuk doa itu dengan sekian-sekian ganjaran”.


Rasulullah SAW bersabda bahawa sehingga satu demi satu doa-doanya akan diperingatkan dan akan diberitahu sama ada doa itu telah disempurnakan di dunia ataupun doa itu digantikan dengan ganjaran yang diberi di akhirat.


Melihatkan ganjaran dan pahala yang begitu banyak si hamba itu akan berkeinginan, alangkah baiknya jika tidak ada satu pun daripada doanya dikabulkan sewaktu di dunia dulu agar mendapat ganjaran yang begitu banyak di akhirat.


Ringkasnya doa adalah satu perkara yang sangat penting. Kelalaian terhadap doa adalah satu kekurangan dan kerugian yang sangat besar dan nyatalah bahawa jika kita belum melihat tanda-tanda doa kita diterima, maka janganlah kita merasa hampa. Dalam hadith yang panjang yang akan diterangkan dalam bahagian penutup nanti dapat di ketahui juga bahawa Allah SWT memerhatikan kemaslahatan hambaNya. Jika pemberian perkara yang diminta itu ada kebaikan untuknya maka akan diberikan, jika tidak, maka tidak akan diberikan, Ini pun satu ehsan Allah SWT yang besar kepada kita, kadang kala kerana kurang penelitian, kita akan meminta sesuatu perkara yang tidak sesuai untuk kita..


Alhamdulillah.. Setakat ini dulu untuk kali ini, semoga dapat dijadikan panduan aamiin..


Petikan dari Kitab Fadhilat Amal, bab Fadhilat Ramadhan mukasurat 30-31 oleh Raisul Muhaddithin Allama Muhammad Zakariyya (rah) Syaikhul Hadith Mazahir’ulum.

Sedikit Pencerahan Tentang Dunia Kita Di Akhir Zaman ini...